Menu
Your Cart

Rupa & Gaya: Busana Melayu

Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
Rupa & Gaya: Busana Melayu
General
Author Azah Aziz
Book Conditions Condition A
Pages 376
Publisher Date 1/01/2006
  • In Stock: 1
2 views
RM64.50
Ex Tax: RM64.50
Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Budayawan negara ini begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsure-unsur, sifat-sifat, adat resam dan artifak yang dirasakannya dapat memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya karya ini digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minatnya dalam memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang. Karya ini bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan pengarang semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.

About Author

Sharifah Azah binti Syed Mohd AlSagoff atau lebih dikenali sebagai Puan Azah Aziz dilahirkan pada 21 Ogos 1928. Azah Aziz adalah tokoh budayawan Malaysia yang telah Berjaya mempopularkan pakaian tradisional Melayu melalui ceramah, seminar dan pertunjukan pakaian kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Beliau juga banyak menghasilkan rencana berkaitan budaya dan seni yang diterbitkan dalam majalah tempatan seperti Wanita dan Jelita. Azah Aziz adalah seorang wartawan yang dikenali pada tahun 1950-an semasa beliau bertugas dengan Berita Harian (16 tahun) dan kemudian Utusan Melayu (4 tahun). Selepas berhenti dari Utusan Melayu pada 1978 beliau bergerak sebagai penulis bebas. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih 10 buah buku dan yang terkini ialah Sayang: Pantun dan Seloka Kanak-kanak (2008).